SEKADAR RENUNGAN……… “ TIDAK ADA KEHEBATAN PADA MAKHLUK, KEHEBATAN ADALAH MILIK ALLAH…”
RENUNG – RENUNGKANLAH……
Hari ini tiada lagi kesopanan, tiada lagi sikap menghormati orang lain dan tiada rasa kasih antara satu sama lain ( tidak semua manusia macam tu…. tapi ramai juga yang begitu…)
Hari ini anak-muda tidak lagi menghormati orang tua. Tidak lagi menghormati ibu-bapanya. Tidak lagi menghormati masyarakat sekitarnya. Adakah kerana mereka rasakan diri mereka hebat. Apakah biadap itu hebat? Apakah menjadi penderhaka itu hebat….. hebatkah itu…. Sekiranya tidak sempat bertaubat pada ketika itu ……….. cuba bayangkan pada masa itu anda berada dialam kubur dan menerima hukuman daripada Allah…. Hebatkan anda pada masa itu. Tanyalah diri anda sendiri…. Siapakah yang hebat andakah atau Allah Taala.
Hari ini pemimpin tidak lagi menghormati rakyat. Mereka terlupa siapa yang memilih mereka. Ada dikalangan mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka kepada anak-anak mereka (sekiranya mereka adalah Ibu atau Bapa kepada anak-anak mereka).Hari ini ada pemimpin yang tidak menghormati rakyat yang memilihnya, mereka terlupa menunaikan janjinya. (sekiranya mereka itu adalah pemimpin politik). Hari ini ada pemimpin tidak sudi mendengar cadangan dan idea kakitangan bawahannya, walaupun pandangan dan idea itu adalah bernas dan menguntungkan organisasi. (sekiranya mereka adalah pemimpin organisasi). Kenapa terjadi sebegini, Hebatkan gelaran YB, hebatkah gelaran Boss, hebatkah gelaran ketua seksyen, hebatkah gelaran Pengarah, Hebatkah gelaran Timbalan Pengarah atau segala macam gelaran lagi, tetapi menjadi pemimpin yang zalim, pemimpin yang tidak adil…. Hebatkah itu. Andaikan pada masa itu… mereka meninggalkan tanpa sempat bertaubat… lalu dibangkitkan di Padang Mahsyar… Pada masa itu…. Segala perbuatan atas dunia ini akan dibicarakan…… bayangkan pada masa itu mereka dihukum atas dosa-dosa mereka…. Siapakah yang hebat.
Hari ini ada pengikut tidak menghormati pemimpin mereka. Walaupun pemimpin mereka adalah terdiri dari golongan yang adil, luas ilmu pengetahuannya, kuat pegangan agama mereka, banyak kebaikkan yang dibuat untuk rakyatnya…. Tetapi mereka tidak dihormati. Sekiranya mereka pemimpin masyarakat… rakyat diutamakan, mendidik rakyat berdasarkan panduan Al-Quran dan Al-Hadis agar rakyat hidup sejahtera. (Sekiranya pemimpin itu adalah YB yang dipilih). Ada juga pengikut tidak menghormati pemimpinnya, biarpun pemimpin itu sentiasa memikirkan dan membuat kebaikan untuk pengikut mereka demi memartabatkan organisasi, dan keselesaan pekerjanya. .(Sekiranya pemimpin itu adalah pemimpin pekerja dalam sesebuah organisasi). Apakah pengikut itu… mereka rasakan mereka adalah hebat. Siapakah yang hebat… sekiranya Allah Taala mengangkat pemimpin yang zalim.
Hari ini Ulama yang penuh ilmu agamanya didada, tetapi mereka masih dinafikan kehebatan mereka dan lontaran fitnah dilemparkan ke atas mereka. Bayangkan sekiranya tiada Ulama pada hari ini, dimanakah pencari-pencari ilmu hari ini ingin menggali ilmu….. Cuba bayangkan….. sekiranya dunia hari ini dipenuhi dengan orang-orang jahil…. Siapakah yang akan menjadi pembimbing…. Bayangkan itu… siapakah yang hebat…
Hari ini ada kawan yang tidak menghormati kehebatan rakannya. Malah ada yang melontarkan fitnah keatas sahabat atau rakan mereka, dengan pelbagai fitnah yang menjijikkan… Hebatkah itu….
Bayangkan dan renung-renungkanlah…..