KLIK DI SINI PERCUMA!

Khamis, 5 Mei 2011

Sekadar renungan - siapakah yang hebat

SEKADAR RENUNGAN……… “ TIDAK ADA KEHEBATAN PADA MAKHLUK, KEHEBATAN ADALAH MILIK ALLAH…”

RENUNG – RENUNGKANLAH……
Hari ini tiada lagi kesopanan, tiada lagi sikap menghormati orang lain dan tiada rasa kasih antara satu sama lain ( tidak semua manusia macam tu…. tapi ramai juga yang begitu…)
Hari ini anak-muda tidak lagi menghormati orang tua. Tidak lagi menghormati ibu-bapanya. Tidak lagi menghormati masyarakat sekitarnya. Adakah kerana mereka rasakan diri mereka hebat. Apakah biadap itu hebat? Apakah menjadi penderhaka itu hebat….. hebatkah itu…. Sekiranya tidak sempat bertaubat pada ketika itu ……….. cuba bayangkan pada masa itu anda berada dialam kubur dan menerima hukuman daripada Allah…. Hebatkan anda pada masa itu. Tanyalah diri anda sendiri…. Siapakah yang hebat andakah atau Allah Taala.
Hari ini pemimpin tidak lagi menghormati rakyat. Mereka terlupa siapa yang memilih mereka. Ada dikalangan mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka kepada anak-anak mereka (sekiranya mereka adalah Ibu atau Bapa kepada anak-anak mereka).Hari ini ada pemimpin yang tidak menghormati rakyat yang memilihnya, mereka terlupa menunaikan janjinya. (sekiranya mereka itu adalah pemimpin politik). Hari ini ada pemimpin tidak sudi mendengar cadangan dan idea kakitangan bawahannya, walaupun pandangan dan idea itu adalah bernas dan menguntungkan organisasi. (sekiranya mereka adalah pemimpin organisasi). Kenapa terjadi sebegini, Hebatkan  gelaran YB, hebatkah gelaran Boss, hebatkah gelaran ketua seksyen, hebatkah gelaran Pengarah, Hebatkah gelaran Timbalan Pengarah atau segala macam gelaran lagi, tetapi menjadi pemimpin yang zalim, pemimpin yang tidak adil…. Hebatkah itu. Andaikan pada masa itu… mereka meninggalkan tanpa sempat bertaubat… lalu dibangkitkan di Padang Mahsyar… Pada masa itu…. Segala perbuatan atas dunia ini akan dibicarakan…… bayangkan pada masa itu mereka dihukum atas dosa-dosa mereka…. Siapakah yang hebat.
Hari ini ada pengikut tidak menghormati pemimpin mereka. Walaupun pemimpin mereka adalah terdiri dari golongan yang adil, luas ilmu pengetahuannya, kuat pegangan agama mereka, banyak kebaikkan yang dibuat untuk rakyatnya…. Tetapi mereka tidak dihormati. Sekiranya mereka pemimpin masyarakat… rakyat diutamakan, mendidik rakyat berdasarkan panduan Al-Quran dan Al-Hadis agar rakyat hidup sejahtera. (Sekiranya pemimpin itu adalah YB yang dipilih). Ada juga pengikut tidak menghormati pemimpinnya, biarpun pemimpin itu sentiasa memikirkan dan membuat kebaikan untuk pengikut mereka demi memartabatkan organisasi, dan keselesaan pekerjanya. .(Sekiranya pemimpin itu adalah  pemimpin pekerja dalam sesebuah organisasi). Apakah pengikut itu… mereka rasakan mereka adalah hebat. Siapakah yang hebat… sekiranya Allah Taala mengangkat pemimpin yang zalim.

Hari ini Ulama yang penuh ilmu agamanya didada, tetapi mereka masih dinafikan kehebatan mereka dan lontaran fitnah dilemparkan ke atas mereka. Bayangkan sekiranya tiada Ulama pada hari ini, dimanakah pencari-pencari ilmu hari ini ingin menggali ilmu….. Cuba bayangkan….. sekiranya dunia hari ini dipenuhi dengan orang-orang jahil…. Siapakah yang akan menjadi pembimbing…. Bayangkan itu… siapakah yang hebat…

Hari ini ada kawan yang tidak menghormati kehebatan rakannya. Malah ada yang melontarkan fitnah keatas sahabat atau rakan mereka, dengan pelbagai fitnah yang menjijikkan… Hebatkah itu….

Bayangkan dan renung-renungkanlah…..

Jumaat, 22 April 2011

PENTINGNYA KEMAHIRAN PENGURUSAN KENDIRI KEPADA PENJAWAT AWAM, MALAYSIA.

“.....Pengurusan Kendiri adalah kebolehan individu menentukan hala tuju, mengenalpasti cara sesuatu perkara itu boleh berlaku, dan seterusnya mampu membuat keputusan untuk diri sendiri…..”
(Petikan dari buku menjana kecerdasan emosi, Dr.Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abd Aziz dan Dr.Abdul Rashid Mohamad.)
Berdasarkan kepada ulasan diatas, kemahiran pengurusan kendiri adalah amat penting pada kita yang bergelar manusia, yang menjadi khalifah dimukabumi ini. Melalui pengurusan kendiri inilah dapat membantu kita untuk mewujudkan persekitaran hidup, persekitaran kerja, persekitaran social dan lain-lain persekitaran lagi menjadi lebih bermakna dan tepat dengan keperluan hidup kita. Melalui kemahiran pengurusan kendiri ini akan dapat membina perasaan saling percaya-mempercayai, membina disiplin, kejujuran, dan merasai diri mendapat keadilan.

Dalam pentadbiran perkhidmatan awam kemahiran pengurusan kendiri masih lagi lemah terutama sekali dikalangan pegawai sokongan yang mana lantikan mereka terdiri dari lepasan SPM. Sungguhpun polisi dan dasar yang dibentuk dalam perkhidmatan awam hebat, tetapi masih terdapat lagi penjawat awam yang tidak mampu mematuhinya. Sebab itulah, berlakunya banyak kerja-kerja yang patut  disiapkan dalam masa dua minit tetapi berjam-jam masa yang diambil. Contohnya:-

1.    Pematuhan Kad Perakam Waktu.

Masih ramai lagi penjawat awam yang datang lewat ke pejabat. Contohnya waktu anjal yang dipilih oleh mereka WP 3 sepatutnya datang sebelum jam 8.30 tetapi kehadiran mereka melepasi jam 8.30 pagi. Kenapa dan mengapa? Tentulah jawapannya mereka tidak mampu atau tidak mempunyai kemahiran pengurusan kendiri. Kegagalan mereka menggunakan kemahiran tersebut menyebabkan mereka tidak mempunyai disiplin yang tinggi. Cuba fikirkan,, bagaimanakah dari sudut hukum gaji yang dibayar kepadanya? Sepatutnya sebagai penjawat awam kita hendaklah mempertontonkan imej yang baik kepada rakyat. Ingatlah wahai penjawat awam, rakyatlah majikan kita sebenar. Tak guna dibanggakan dengan slogan “ rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

2.    Pematuhan kepada sistem pengurusan dan pentadbiran pejabat serta arahan-arahan/pekeliling pentadbiran dan kewangan.

Kemahiran kendiri yang dimiliki oleh seseorang penjawat awam dapat membantu seseorang membina kejujuran yang tinggi. Sekiranya kita melihat dan menganalisa laporan audit kita akan temui banyak perlanggaran dan kelemahan yang ditemui oleh para audit. Apakah mereka tidak didedahkan peraturan-peraturan tersebut sebelum ini… Penjawat awam sebenarnya memang arif dengan pekeliling dan peraturan-peraturan samaada terbitan lama atau terbitan baru.Tetapi, mereka ambil mudah pada peraturan tersebut. Sebab itulah, setiapkali pemeriksaan audit akan ditemui banyak kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Kenapa dan mengapa, sudah pastilah jawapannya mereka tidak mempunyai kemahiran pengurusan kendiri. Mereka gagal untuk mengurus diri mereka dalam mematuhi peraturan tersebut. Ini adalah kerana mereka lebih gemar mencari jalan singkat, mudah tetapi tidak mematuhi peraturan-peraturan perkhidmatan awam.

3.    Keadilan

Apabila surat tunjuk sebab di tujukan kepada mereka, hasil analisa laporan yang melibatkan mereka dan menjelaskan tentang kecuaian mereka, maka dimarahi pula mereka kepada ketua jabatan mereka. Sedangkan Ketua Jabatan tersebut melaksanakan tugas sebenar mereka sebagai penyelia. Pandai pulak mereka tuntut keadilan. Adilkah perbuatan mereka itu kepada ketua jabatan mereka, adilkah perbuatan mereka itu kepada pelanggan, sedangkan hak pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.
Justeru itu, semua penjawat awam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mencari ilmu pengurusan kendiri. Belajarlah dengan guru atau pelajarilah melalui pengalaman. Sebagai pendokong transformasi, ayuhlah berubah kearah yang lebih terbaik… Dalam modul transformasi telah nyata dan jelas akan kehendaknya. Yang penting sebagai penjawat awam patuhilah dan ikutlah segala strategi dan perancangan. Janganlah jadikan satu dasar atau polisi itu berubah bersama beralihnya pemimpin……
SEKADAR RENUNGAN DAN MOTIVASI UNTUK MENJADI PENJAWAT AWAM YANG TERBAIK.

Jumaat, 1 April 2011

Bicara dan renungan....peranan seorang pemimpin

Peranan Seorang Yang Bergelar PEMIMPIN

P          -           PEGANGAN YANG KUKUH PADA TALI PERJUANGAN DAN PRINSIP
E          -           EFISYEN DALAM MENUNAIKAN TUGAS SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN
M        -           MEMIMPIN PENGIKUT DENGAN TULUS IKHLAS, JUJUR DAN AMANAH
I           -           IMPIANNYA UNTUK MEMENUHI KESEJAHTERAAN HIDUP PENGIKUT
M        -           MEMATUHI PERINTAH ALLAH DAN PATUH KEPADA AGAMA
P          -           PATUH PADA KEINGINAN DAN KEHENDAK PENGIKUT
I           -           INSAF DAN SEDAR PADA TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN
N         -           NASIHAT PENGIKUT DIDENGARI.
Daripada huraian diatas dapatlah dirumuskan bahawa seorang pemimpin itu hendaklah:-

1.     Berpegang teguh kepada matlamat dan prinsip perjuangan organisasi. Tidak pernah lari dari berjuang atas dasar matalamat, misi  dan objektif ogranisasi. Sentiasa mengutamakan matlamat, misi, visi dan objektif organisasi.
2.     Sentiasa bersunggun dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pengikut. Tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.
3.     Keikhlasan dan kejujuran dalam memimpin pengikut sentiasa diutamakan. Bukannya memikirkan kepentingan dan keuntungan peribadi.
4.     Kepentingan dan kesejahteraan pengikut diutamakan. Tidak pernah sesekali mengabaikan pengikut
5.     Perintah Allah tidak pernah diabaikan dengan berpegang kepada Perintah Allah dan agamalah mereka membuat keputusan dalam mentadbir dan mengurus pengikut.
6.     Sentia.sa berusaha dan mencari jalan untuk memenuhi kemahuan dan keperluan pengikut
7.     Sentiasa mendengar dan meneliti pandangan dan idea pengikut.

Jumaat, 25 Mac 2011

Sekadar renungan

Tabiat majoriti para penjawat awam……..
Penulisan ini adalah sekadar renungan untuk dan memotivasikan diri serta berusaha untuk membuat perubahan. Tulisan ini tidak ada kaitan dengan mana-mana individu tetapi ianya ditulis berdasarkan pemerhatian.

Tabiat penjawat awam hari ini, perlu dibuat perubahan dengan serta-merta  ialah “bercakap tak serupa bikin”. Contohnya mulut mengatakan banyak kerja dipejabat tetapi hakikatnya kosong. Kalau benar banyak kerja dipejabat kenapa pada waktu pejabat sentiasa berada diluar pejabat. Kalau banyak kerja dipejabat kenapa urusan kerja hakiki banyak terbengkalai, lewat mengambil tindakan dan tahu nak membuat keputusan. Cukupkah hanya sekadar berkata saya sibuk, saya banyak kerja. Mana dalil dan hujahnya, kenapa tidak dibuktikan dengan statistik.

Oleh itu, adalah lebih baik semua ketua jabatan adalah dicadangkan membuat scanning, samaada menggunakan methodology analisis SWOT atau pun kaedah-kaedah lain yang boleh membenarkan dan mengiyakan staff mereka benar-benar sibuk. Barulah Ketua masing-masing boleh menegur staff mereka dengan menggunakan bukti yang mencukupi.

Pada pandangan anda, kita telah melangkahi dan menghampiri wawasan 2020 sejauhmanakah perubahan dalam perkhidmatan awam. Tercapaikah sekira tabita seperti diatas tidak dibuang.

Mulut bicara sibuk, banyak kerja dipejabat, tetapi lesap. Kerja banyak tertunggak lalu dikatakan tak sempat. Kerja pejabat banyak, tetapi urusan peribadi diutamakan dan sebagainya.

KELEBIHAN YANG ADA PADA MANUSIA DIBANDINGKAN DENGAN BINATANG………..

KELEBIHAN YANG ADA PADA MANUSIA DIBANDINGKAN DENGAN BINATANG………..

Satu Renungan……
Lembu, burung, kambing dan lain-lain binantang. Otaknya berada dikepala. Malahan manusia juga otaknya berada dikepala. Tetapi satu persoalan, kenapa binatang-binatang ataupun haiwan-haiwan tersebut apabila mereka mahu makan kepalanya kebawah sehingga lebih rendah dari tubuhnya, lebih rendah dari punggongnya. Berlainan pula dengan manusia, otaknya sama berada dikepala tetapi sewaktu makan kepala dan otaknya tetap berada diatas dan lebih tinggi dari punggongnya. Apakah pengajaran yang kita dapat ambil dari perbincangan diatas:-
1.     Sebagai bukti atau dalil yang menunjukkan bahawa Allah Taala memuliakan manusia ini, sehingga manusia inilah yang mentadbir dunia ini. Kekuatan otak manusia boleh mentadbir dunia, manakala binatang-binatang pula otaknya ada tetapi tidak berakal tidak boleh berfikir untuk mentadbir urusan diri dan dunia.
2.     Huraian diatas juga dapat menjelaskan kepada kita otak manusia ini perlu digunakan semaksimum yang mungkin untuk urusan kerja harian mereka dan urusan kebajikan orang lain.
3.     Menjelaskan kepada manusia bahawa tanggungjawab mereka adalah besar. Otak yang diberikan oleh Allah Taala itu perlulah digunakan untuk memikirkan kesemua penghuni dunia mereka selesa, sekiranya manusia itu tidak mampu berfikir sedemikian rupa, bermakna golongan manusia tersebut seolah-olah seperti binatang-binatang yang ada otak tapi tidak mampu berfikir. Apabila kita lihat kejadian binatang pula, kehidupannya tak lari dari keperluan sendiri iaitu makan,minum, berak dan kencing sahaja yang mereka tahu. Jadi manusia yang malas berfikir dan menggunakan otak mereka samalah seperti kehidupan binatang.

Pengajaran daripada kupasan diatas:-
1.     Untuk membezakan diri kita dengan binantang hendaklah kita menggunakan otak kita semaksimum yang mungkin.
2.     Otak dan akal hendaklah dijaga sebaik-baik yang mungkin. Berfikirlah secara positif dan bertindaklah untuk pembangunan diri,orang lain dan kepentingan sejagat.
3.     Untuk mengasah otak agar lebih berakal manusia hendaklah sentiasa berusaha mencari ilmu dan rajin-rajin belajar menuntut ilmu samada ilmu dunaiawi dan ilmu ukhawi.
4.     Sewaktu melaksakan kerja-kerja ataupun aktiviti-aktiviti dalam kehidupan hendaklah menggunakan akal. Kalau boleh menyelesaikan sendiri selesailah sendiri, janganlah mencari helah atau buat-buat tidak tahu dalam membuat keputusan.
5.     Setiap keputusan hendaklah menggunakan Akal.

Bagaimana pula manusia yang takmahu guna otak dan akal mereka.
Mereka boleh diletakkan samalah tarafnya dengan binatang. Lebih baik mereka letakkan otak mereka dalam perut yang mengandungi najis yang menjijikan dan meletakkan tahi mereka diatas kepala mereka……

SEKADAR RENUNGAN UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA…. SILA BAHASKAN SEKIRANYA TIDAK BERSETUJU DENGAN IDEA INI……

Transformasi minda - memeta wawasan, sejauhmanakah keberkesanannya?

Bukan kritikan, sekadar renungan dan perbincangan.

Slogan diatas memang bagus, jauh wawasan dan sedap bunyi, tetapi sejauhmanakah penghayatannya oleh masyarakat kita hari ini, tidak kiralah mereka penjawat awam, petani, nelayan, ahli politik, usahawan dan lain-lain lagi. Banyak slogan yang indah-indah  yang di persembahkan oleh pemimpin-pemimpin, pembuat dasar dalam perkhidmatan awam dan sebagainya hanyalah tinggal kenangan sahaja contohnya Islam Hadhari dan sebagainya. Ianya terkubur bersama pemimpin yang pergi, persoalannya dimanakah kesudahannya, adakah rakyat berubah secara total dalam kehidupan dan dirinya.

Contohnya.....

Penjawat Awam, Malaysia hari ini telah menemui pelbagai budaya yang diperkenalkan, antaranya:-

1.   Budaya Kerja Cemerlang - persoalannya sejauhmanakah cemerlangnya budaya kerja penjawat awam pada ketika itu sekitara 1991. Adakah Integriti dikalangan penjawat awam semakin meningkat. Adakah penjawat awam pada ketika itu, tepat pada waktu kerjanya, kurangkan tindakan tatatertib. Penajwat awam Malaysia sememangnya terlalu tinggi, tetapi sejauhmanakah kualiti penjawat awam sehingga hari ini. Saya tidak menyentuh soal dasar dan pekeliling disini, ini adalah kerana dasar-dasar dan pekeliling-pekeliling yang dibuat oleh pembuat dasar sememangnya berkualiti. Tetapi apakah penjawat awam sehingga  hari ini berkualiti? itu satu persoalan yang perlu difikirkan dan huraikanlah jawapannya. Analisalah dan kajilah untuk kematangan penjawat awam.

2.   Bertukar sahaja tampuk pemerintahan negara, penjawat awam diperkenalkan pula dengan konsep Islam Hadhari, dimana pengisian untuk penjawat awam ialah Budaya Kerja Kelas Pertama, tercapaikan 7 ciri budaya kerja kelas pertama itu dalam diri penjawat awam.

3.  Kini penjawat awam pula didedahkan dengan model tranformasi perkhidmatan awam seiring dan sejalan dengan slogan 1 Malaysia, Pencapaian Diutamakan Rakyat Didahulukan.... Dalam model transformasi perkhidmatan awam, ada menjelaskan prinsip ILMU dan Ketamaddun. Persoalannya Berilmukah penjawat awam hari ini terutama kumpulan perkeranian yang menjejaki dunia penjawat awam dengan SPM sahaja atau melalui sistem KUP dari jawatan rendah ke gred tinggi sedikit dari sedia ada, Orang yang berilmukah diangkat untuk mendokong perkhidmatan awam dengan sekadar SPM, sedangkan diluar sana beribu-ribu graduan yang dilahirkan menjadi penganggur kerana dasar perkhidmatan awam masih tak berubah. Kenapakah dengan perubahan yang ada sekarang tidak dijadikan satu sandaran dalam menentukan kelayakan untuk menjawat jawatan awam...

katakan :-

1. Jawatan Pembantu Tadbir - dimulakan dengan DIPLOMA
2. Jawatan Penolong Pegawai - dimulakan dengan Ijazah Sarjana Muda
3. Jawatan Pengurusan dan Profesional - Master dan PHD

Bukankah itu akan menaikkan pandangan masyarakat pada penjawat awam, Cara bekerja pun berubah. Apa yang sedih nak balas surat pun tak tahu sebagai kerani... dan masih memerlukan bantuan dari ketua untuk membuat draf. Di Amerika Syarikat.... Tukang Sapu Majlis Daerah ada Degree, Pegajar Tadika ada Master, tapi kat Malaysia Pengajar Tadika seperti Kemas, Permata ada SPM sudah memadai. Apakah itu yang dikatakan sebagai berkualiti....Ataupun sebagai lambakan semata-mata. Ramai pada Jumlahnya tetapi sedikit sahaja pada kualitinya.

Mampukah slogan tersebut dapat mengubah secara total keseluruhan pemikiran masyarakat. Apakah pendedahan yang diberikan setakat ini dirancang, untuk memberi kefahaman kepada rakyat secara keseluruhannya.

Isnin, 21 Mac 2011

Budaya Fitnah Dikalangan Masyarakat Melayu....

Salam,

Masyarakat melayu kita hari ini telah mula hilang budaya kesopanannya. Budaya mengampu, mengumpat, memfitnah dan lain-lain budaya buruk lagi telah hilang dari kelompok kemelayuan kita sekarang. Ekoran dari isu YB. Anwar Ibrahim perihal video lucahnya, perihal kes liwatnya  dan lain-lain lagi telah membuktikan kepada kita kemanakah perginya budaya keperihatinan dan keperibadian unggul kemelayuan kita. Kenapa cerita ini terus disebarkan tanpa siasatan. Dan kenapa pula setiap kali berlakunya pilihanraya akan ditimbulkan kepelbagaian fitnah kepada parti pembangkang. Bagi Orang yang berfikiran waras saya pasti dan saya yakin ini adalah merupakan satu strategi politik untuk memenangi satu pilihanraya. Tapi persoalannya kenapa pula menggunakan strategi yang tidak bagus untuk menjatuhkan motivasi dan keperibadian orang lain. Islam mengajar kita supaya menjaga maruah diri kita, diri ahli keluarga kita, diri masyarakat dan negara kita.....

Sekiranya anda menjadi pembaca kepada blog ini, cuba anda berfikir secara analitikal. Budaya fitnah dikalangan masyarakat melayu kita telah lama berputik di dalam masyarakat kita.... lihat.... Hang Tuah diperintahkan bunuh oleh Sultan Melaka  ..... kerana fitnah yang dilontar... Ianya berpunca dari sebab pangkat dan kuasa, begitu juga dengan kes fitnah Mahsuri yang cantik jelita dan alim.... juga difitnah kerana cemburu...... dan hari ini bayangkan pula kes Fitnah Anwar Ibrahim...... kerana apa kerana pilihanraya. Jadi kesemuanya itu satu taktik dan teknik untuk menjatuhkan orang lain dengan menabur fitnah.

Begitu juga dalam sesebuah organisasi, apabila berlakunya rasa tidak puas hati maka akan timbullah fitnah-fitnah dan cakap-cakap belakang yang akhirnya menimbulkan konflik dalam pengurusan organisasi.

Motivasi..... disini kajilah dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.

Ahad, 20 Mac 2011

Isu tudung - renungan dan motivasi untuk insan yang bergelar perempuan...

Surah Al-Nur (juzuk 18) ayat 31, Firman Allah yang bermaksud....

" Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya ( wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan islam atau hamba-hamba mereka yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang 'aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan  kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, agar kamu berjaya."

-   Firman Allah Taala telah jelas kepada semua orang tentang wajib bertudung bagi muslimat-muslimat. Perintah tersebut  ditujukan kepada semua muslimat, tidak ada yang berkecuali, tidak kiralah apakah pangkatnya, samaada dia adalah seorang penoreh getah, petani, nelayan ataupun samaada dia Isteri kepada Yang Berhormat atau dia sendiri sebagai seorang yang berhormat, sama ianya isteri menteri ke, atau  dia sendiri sebagai menteri, atau ianya adalah Isteri kepada Perdana Menteri, arahan untuk menutup aurat terutamanya dalam soal bertudung adalah satu kewajipan tak ada yang terkecuali.

- Malangnya apabila kita melihat dikalangan wanita muslimat kita hari ini, tidak kira ianya isteri orang, janda, anak dara dan sebagainya, persoalan menutup aurat ini tidak diambil berat. Lihatlah remaja-remaja perempuan kita hari ini, sanggup mereka mendedahkan aurat mereka. Tak hairanlah kenapa isu rogol berleluasa hari ini. Kenapa terjadi sedemikian, kerana mereka sendirilah yang membuka peluang untuk mendorong lelaki-lelaki menjadi ganas, dan mangsanya ada wanita itu sendiri.

-   Apa yang menjadi masalahnya, mereka terlalu ghairah untuk mencontohi pemimpin-pemimpin perempuan mereka yang sentiasa mendedahkan aurat mereka, mereka jadikan artis sebagai role model mereka. Dedah sana dan sini.... Kenapakah kehidupan menjadi terlalu jauh.. dari sistem kehidupan Islam, Kenapakah terikut-ikut dengan role model yang menjahanamkan diri sendiri. Kenapakah wanita-wanita hari ini tidak begitu ghairah untuk mencontohi role model seperti Syaidina Aisyah, Syaidina Khatijah, Syaidina Fatimah dan lain-lain tokoh-tokoh muslimat yang berperibadi unggul.


Renung-renungkanlah.... jadikan ianya sebagai satu motivasi...

Rabu, 16 Mac 2011

Falsafah disebalik seekor burung murai

Apakah yang anda pelajari dan fahami tentang falsafah seekor burung murai. Sekiranya dilihat dengan mata kasar kita tidak akan dapat melihat kekuatan yang ada pada seekor burung murai. Sekiranya kita hayati dan dalami betul-betul tentang seekor burung murai dengan mata akal dan mata hati kita dapat rumuskan bahawa

Burung Murai adalah.....

1.   Berani - berani menyatakan sesuatu yang dia ingini
2.   Berpengalaman - melalui penjajahan yang ia takluki, terlalu banyak pengalaman yang diperolehi melalui perjalanannya.
3.   Rajin - rajin berusaha untuk mencapai matlamat. Tidak pernah letih dan penat dalam mencari kepuasan diri.
4.   Mesra - sentiasa mesra dan banyak idea untuk berceloteh dan mempengaruhi rakan-rakan lain.
5.   Untung - sentiasa mencari keuntungan untuk diri sendiri dan memberi keuntungan kepada orang lain.
6.   Ringkas - Kehidupannya adalah ringkas dan sentiasa memberi kemudahan atau laluan kepada orang lain untuk berfikir.
7.   Agresif - sentiasa agresif dalam usahanya untuk mencapai matlamat
8.   Ikhlas - sentiasa ikhlas dalam tugasannya.

Lihat sahaja, pada matanya. Matanya membuktikan tentang keikhlasannya. Cara duduk dan berdirinya adalah menggambarkan tentang keyakinannya. Apa yang penting pada seekor burung murai, tenungannya mengggambarkan burung murai itu sentiasa berfikir secara kreatif tentang kehidupan alam dan pelakon-pelakonnya.

Jumaat, 11 Februari 2011

Kisah Mat rempit di Terengganu - sekadar renungan untuk remaja.

Disini ada satu cerita, yang boleh kita kongsikan bersama. Pada Jumaat 11.2.2011 saya keluar makan petang bersama ahli keluarga saya.... Tiba-tiba kami ternampak sekumpulan remaja sedang berkumpul. Kami ingatkan ada kemalangan, rupa-rupanya mereka bersiap-sedia untuk merempit motosikal. Apa yang menghairankan saya disini.... terdapat ramai juga penonton-penontonnya....

Sebelum ini kita selalu berkempen hindari rempit, hindari jenayah jalanan dan sebagainya. Tetapi, apa yang berlaku... yang menonton lebih ramai daripada perempit..... macammana nak hapuskan budaya merempit. Cuba kita fikirkan ?

Tuan/puan , setuju tak dengan pandangan saya... remaja merempit kerana ada penontonnya.. perempit akan berbangga dengan kejayaannya menghiburkan para penontonnya. Betul tak?

Jadi janganlah salahkan pihak penguasa (Polis)  tak melaksanakan tugasnya, kerana anda para-para penonton yang merupakan peminat rempit harus salahkan diri sendiri kerana anda menjadi peminat setia pada perempit-perempit.

Yang hairannya, Orang Terengganu ning, berbangga dengan budayanya yang lemah-lembut dan sopan-santun tapi, sekarang ning, belia remaja Terengganu hari ni dah kurang dah menghayati budaya sopan-santun dan lemah lembut ning. Saya hairan, bukan sahaja remaja lelaki yang perempuan pun rela digelarkan dirinya minah rempit.....

Nampaknya Kerajaan Terengganu kena buat sesuatu:-

Cari Jawapan Untuk Kenapa ?

Pertama :- kita mencari kenapa remaja suka merempit dijalanraya sehingga mereka sanggup mengganggu pengguna jalanraya yang lain.

Jawapannya :- Sudah pasti, sebagaimana huraian cerita saya diatas tadi, mereka merempit kerana ada PENONTON.

Cari  pulak jawapan untuk soalan Mengapa:-

Kedua :- Mengapa mereka merempit di Jalanraya.

Jawapannya :- Kerana tidak disediakan gelanggang untuk mereka bagi setiap DUN dan Parlimen, sebagaimana disediakan gelanggang FUTSAL di setiap DUN dan Parlimen.

Cari Pula Jawapan untuk soalan Bagaimana:-

Ketiga :- Bagaimana nak mengatasi belia remaja ini merempit dijalan raya

Jawapannya :- Sediakanlah gelanggang untuk mereka disetiap dun atau parlimen. Sebab mereka tak mampu nak cari penaja untuk menaja mereka di LITAR Sepang.

Cari lagi jawapan untuk persoalan berikutnya :- Untuk Siapa

Keempat :- Untuk siapa gelanggang lumba motosikal disediakan

Jawapannya :- Untuk mereka yang berminat lumba haram dan penonton-penonton setia mereka.


Apa pandangan tuan-puan, sila beri komen sekalian.

Rabu, 9 Februari 2011

Sekumit isu bagi renungan anak-anak remajaku…..

Sekumit isu bagi renungan anak-anak remajaku…..
Menyambung lagi bicara kita untuk renungan para remaja ku….

Remajaku……… Renung-renungkanlah
Sewaktu kita, dalam kandungan ibu kita…. Pernahkah kita renungkan tentang keperitan, kepahitan yang ditanggung oleh ibu kita…. Sewaktu mengandungkan kita…..

Pernahkah difikirkan sewaktu kita dilahirkan pernah kita cuba rasai kesakitannya….tahukah nyawa ibu pada ketika itu umpama telur dihujung tanduk….

Bila kita dilahirkan…. Kita dibesarkan, diberi susu, makan dan wang untuk perbelanjaan persekolahan kita…..

Tetapi…. Alangkah malangnya hati ibu, apabila anaknya melukai hatinya.. tidakkah difikirkan tentang kerisauan ibu sepanjang hari memikirkan keadaan masa depan anaknya….

Ada anak remaja sanggup……… sanggup…….
Mengabaikan ibu-bapanya, sanggup mendurhakai ibu-bapanya, malah ada yang sanggup membunuh ibunya… bukan sahaja sanggup  membunuh secara fizikal ibunya… malahan membunuh cita-cita ibunya untuk melihat anaknya menjadi seorang insan yang Berjaya didunia dan diakhirat.

Fikir-fikirkanlah aduhai anak-anak remajaku tentang ajaran agama kita…..
Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan, begitu besar sekali pengorbanannya.  Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak mereka.

Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada Ibu-Bapa  selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu-bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar walau hanya menyebut ungkapan “uuh”…. Atau “ aah…” dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu-bapa mereka.

Aduhai…. Remajaku sekalian… zahirkanlah perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih saying kepada mereka bukan sekadar  memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada ibu-bapa kita…..

Renung-renungkanlah……… dan fikir-fikirkanlah……

Sekadar renungan untuk remaja - perbincangan berasaskan pemerhatian.

Salam renungan untuk remaja.....

Hari ini pelbagai bicara tentang remaja. Diluar sana pelbagai persepsi dilontarkan kepada remaja. Ada tentang kebaikan remaja dan keburukan yang dilakukan oleh remaja. Persoalan ini adakah perbincangan atau bicara tersebut telah diketemui jawapannya? ataupun adakah ianya sekadar omong-omong kosong sahaja yang tiada jalan penyelesaiannya.

Hari ini ramai juga ibubapa yang bangga dengan kejayaan anak-anak mereka dalam peperiksaan. 5A dalam UPSR, 8A1 dalam SPM dan sebagainya.. Itulah antara kehebatan remaja kita hari ini. Ianya perlu dibanggakan.

Tetapi ada juga remaja kita yang kecundang dalam peperiksaan, rebah dalam meniti arus kehidupan dengan melakukan pelbagai kesalahan yang melibatkan runtuhnya moral, akhlak dan maruah keluarga. Kenapa dan mengapa terjadi sebegini? pernahkah kita disini mencari jawapan untuk kenapa remaja terlibat dengan masalah sosial, terlibat dengan zina, rempit dan sebagainya. Adakah kita telah mencari jawapan mengapa remaja melakukan perkara sedemikian? sudahkan kita mencari jawapan Bagaimana terjadi sedemikian? dan pernahkah kita mencari Bagaimana cara untuk mengatasinya..

Ruangan ini, menjemput para pembaca blog ini untuk membincangkan perkara ini. Lontarkanlah idea anda agar penulisan ini dapat dimanafaatkan..... Jadikanlah ruangan renungan ini untuk mencari satu penyelesaian permasalahan remaja....