Sekumit isu bagi renungan anak-anak remajaku…..
Menyambung lagi bicara kita untuk renungan para remaja ku….
Remajaku……… Renung-renungkanlah
Sewaktu kita, dalam kandungan ibu kita…. Pernahkah kita renungkan tentang keperitan, kepahitan yang ditanggung oleh ibu kita…. Sewaktu mengandungkan kita…..
Pernahkah difikirkan sewaktu kita dilahirkan pernah kita cuba rasai kesakitannya….tahukah nyawa ibu pada ketika itu umpama telur dihujung tanduk….
Bila kita dilahirkan…. Kita dibesarkan, diberi susu, makan dan wang untuk perbelanjaan persekolahan kita…..
Tetapi…. Alangkah malangnya hati ibu, apabila anaknya melukai hatinya.. tidakkah difikirkan tentang kerisauan ibu sepanjang hari memikirkan keadaan masa depan anaknya….
Ada anak remaja sanggup……… sanggup…….
Mengabaikan ibu-bapanya, sanggup mendurhakai ibu-bapanya, malah ada yang sanggup membunuh ibunya… bukan sahaja sanggup membunuh secara fizikal ibunya… malahan membunuh cita-cita ibunya untuk melihat anaknya menjadi seorang insan yang Berjaya didunia dan diakhirat.
Fikir-fikirkanlah aduhai anak-anak remajaku tentang ajaran agama kita…..
Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan, begitu besar sekali pengorbanannya. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak mereka.
Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada Ibu-Bapa selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu-bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar walau hanya menyebut ungkapan “uuh”…. Atau “ aah…” dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu-bapa mereka.
Aduhai…. Remajaku sekalian… zahirkanlah perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih saying kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada ibu-bapa kita…..
Renung-renungkanlah……… dan fikir-fikirkanlah……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan