KELEBIHAN YANG ADA PADA MANUSIA DIBANDINGKAN DENGAN BINATANG………..
Satu Renungan……
Lembu, burung, kambing dan lain-lain binantang. Otaknya berada dikepala. Malahan manusia juga otaknya berada dikepala. Tetapi satu persoalan, kenapa binatang-binatang ataupun haiwan-haiwan tersebut apabila mereka mahu makan kepalanya kebawah sehingga lebih rendah dari tubuhnya, lebih rendah dari punggongnya. Berlainan pula dengan manusia, otaknya sama berada dikepala tetapi sewaktu makan kepala dan otaknya tetap berada diatas dan lebih tinggi dari punggongnya. Apakah pengajaran yang kita dapat ambil dari perbincangan diatas:-
1. Sebagai bukti atau dalil yang menunjukkan bahawa Allah Taala memuliakan manusia ini, sehingga manusia inilah yang mentadbir dunia ini. Kekuatan otak manusia boleh mentadbir dunia, manakala binatang-binatang pula otaknya ada tetapi tidak berakal tidak boleh berfikir untuk mentadbir urusan diri dan dunia.
2. Huraian diatas juga dapat menjelaskan kepada kita otak manusia ini perlu digunakan semaksimum yang mungkin untuk urusan kerja harian mereka dan urusan kebajikan orang lain.
3. Menjelaskan kepada manusia bahawa tanggungjawab mereka adalah besar. Otak yang diberikan oleh Allah Taala itu perlulah digunakan untuk memikirkan kesemua penghuni dunia mereka selesa, sekiranya manusia itu tidak mampu berfikir sedemikian rupa, bermakna golongan manusia tersebut seolah-olah seperti binatang-binatang yang ada otak tapi tidak mampu berfikir. Apabila kita lihat kejadian binatang pula, kehidupannya tak lari dari keperluan sendiri iaitu makan,minum, berak dan kencing sahaja yang mereka tahu. Jadi manusia yang malas berfikir dan menggunakan otak mereka samalah seperti kehidupan binatang.
Pengajaran daripada kupasan diatas:-
1. Untuk membezakan diri kita dengan binantang hendaklah kita menggunakan otak kita semaksimum yang mungkin.
2. Otak dan akal hendaklah dijaga sebaik-baik yang mungkin. Berfikirlah secara positif dan bertindaklah untuk pembangunan diri,orang lain dan kepentingan sejagat.
3. Untuk mengasah otak agar lebih berakal manusia hendaklah sentiasa berusaha mencari ilmu dan rajin-rajin belajar menuntut ilmu samada ilmu dunaiawi dan ilmu ukhawi.
4. Sewaktu melaksakan kerja-kerja ataupun aktiviti-aktiviti dalam kehidupan hendaklah menggunakan akal. Kalau boleh menyelesaikan sendiri selesailah sendiri, janganlah mencari helah atau buat-buat tidak tahu dalam membuat keputusan.
5. Setiap keputusan hendaklah menggunakan Akal.
Bagaimana pula manusia yang takmahu guna otak dan akal mereka.
Mereka boleh diletakkan samalah tarafnya dengan binatang. Lebih baik mereka letakkan otak mereka dalam perut yang mengandungi najis yang menjijikan dan meletakkan tahi mereka diatas kepala mereka……
SEKADAR RENUNGAN UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA…. SILA BAHASKAN SEKIRANYA TIDAK BERSETUJU DENGAN IDEA INI……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan