KLIK DI SINI PERCUMA!

Jumaat, 25 Mac 2011

Transformasi minda - memeta wawasan, sejauhmanakah keberkesanannya?

Bukan kritikan, sekadar renungan dan perbincangan.

Slogan diatas memang bagus, jauh wawasan dan sedap bunyi, tetapi sejauhmanakah penghayatannya oleh masyarakat kita hari ini, tidak kiralah mereka penjawat awam, petani, nelayan, ahli politik, usahawan dan lain-lain lagi. Banyak slogan yang indah-indah  yang di persembahkan oleh pemimpin-pemimpin, pembuat dasar dalam perkhidmatan awam dan sebagainya hanyalah tinggal kenangan sahaja contohnya Islam Hadhari dan sebagainya. Ianya terkubur bersama pemimpin yang pergi, persoalannya dimanakah kesudahannya, adakah rakyat berubah secara total dalam kehidupan dan dirinya.

Contohnya.....

Penjawat Awam, Malaysia hari ini telah menemui pelbagai budaya yang diperkenalkan, antaranya:-

1.   Budaya Kerja Cemerlang - persoalannya sejauhmanakah cemerlangnya budaya kerja penjawat awam pada ketika itu sekitara 1991. Adakah Integriti dikalangan penjawat awam semakin meningkat. Adakah penjawat awam pada ketika itu, tepat pada waktu kerjanya, kurangkan tindakan tatatertib. Penajwat awam Malaysia sememangnya terlalu tinggi, tetapi sejauhmanakah kualiti penjawat awam sehingga hari ini. Saya tidak menyentuh soal dasar dan pekeliling disini, ini adalah kerana dasar-dasar dan pekeliling-pekeliling yang dibuat oleh pembuat dasar sememangnya berkualiti. Tetapi apakah penjawat awam sehingga  hari ini berkualiti? itu satu persoalan yang perlu difikirkan dan huraikanlah jawapannya. Analisalah dan kajilah untuk kematangan penjawat awam.

2.   Bertukar sahaja tampuk pemerintahan negara, penjawat awam diperkenalkan pula dengan konsep Islam Hadhari, dimana pengisian untuk penjawat awam ialah Budaya Kerja Kelas Pertama, tercapaikan 7 ciri budaya kerja kelas pertama itu dalam diri penjawat awam.

3.  Kini penjawat awam pula didedahkan dengan model tranformasi perkhidmatan awam seiring dan sejalan dengan slogan 1 Malaysia, Pencapaian Diutamakan Rakyat Didahulukan.... Dalam model transformasi perkhidmatan awam, ada menjelaskan prinsip ILMU dan Ketamaddun. Persoalannya Berilmukah penjawat awam hari ini terutama kumpulan perkeranian yang menjejaki dunia penjawat awam dengan SPM sahaja atau melalui sistem KUP dari jawatan rendah ke gred tinggi sedikit dari sedia ada, Orang yang berilmukah diangkat untuk mendokong perkhidmatan awam dengan sekadar SPM, sedangkan diluar sana beribu-ribu graduan yang dilahirkan menjadi penganggur kerana dasar perkhidmatan awam masih tak berubah. Kenapakah dengan perubahan yang ada sekarang tidak dijadikan satu sandaran dalam menentukan kelayakan untuk menjawat jawatan awam...

katakan :-

1. Jawatan Pembantu Tadbir - dimulakan dengan DIPLOMA
2. Jawatan Penolong Pegawai - dimulakan dengan Ijazah Sarjana Muda
3. Jawatan Pengurusan dan Profesional - Master dan PHD

Bukankah itu akan menaikkan pandangan masyarakat pada penjawat awam, Cara bekerja pun berubah. Apa yang sedih nak balas surat pun tak tahu sebagai kerani... dan masih memerlukan bantuan dari ketua untuk membuat draf. Di Amerika Syarikat.... Tukang Sapu Majlis Daerah ada Degree, Pegajar Tadika ada Master, tapi kat Malaysia Pengajar Tadika seperti Kemas, Permata ada SPM sudah memadai. Apakah itu yang dikatakan sebagai berkualiti....Ataupun sebagai lambakan semata-mata. Ramai pada Jumlahnya tetapi sedikit sahaja pada kualitinya.

Mampukah slogan tersebut dapat mengubah secara total keseluruhan pemikiran masyarakat. Apakah pendedahan yang diberikan setakat ini dirancang, untuk memberi kefahaman kepada rakyat secara keseluruhannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan