KLIK DI SINI PERCUMA!

Jumaat, 22 April 2011

PENTINGNYA KEMAHIRAN PENGURUSAN KENDIRI KEPADA PENJAWAT AWAM, MALAYSIA.

“.....Pengurusan Kendiri adalah kebolehan individu menentukan hala tuju, mengenalpasti cara sesuatu perkara itu boleh berlaku, dan seterusnya mampu membuat keputusan untuk diri sendiri…..”
(Petikan dari buku menjana kecerdasan emosi, Dr.Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abd Aziz dan Dr.Abdul Rashid Mohamad.)
Berdasarkan kepada ulasan diatas, kemahiran pengurusan kendiri adalah amat penting pada kita yang bergelar manusia, yang menjadi khalifah dimukabumi ini. Melalui pengurusan kendiri inilah dapat membantu kita untuk mewujudkan persekitaran hidup, persekitaran kerja, persekitaran social dan lain-lain persekitaran lagi menjadi lebih bermakna dan tepat dengan keperluan hidup kita. Melalui kemahiran pengurusan kendiri ini akan dapat membina perasaan saling percaya-mempercayai, membina disiplin, kejujuran, dan merasai diri mendapat keadilan.

Dalam pentadbiran perkhidmatan awam kemahiran pengurusan kendiri masih lagi lemah terutama sekali dikalangan pegawai sokongan yang mana lantikan mereka terdiri dari lepasan SPM. Sungguhpun polisi dan dasar yang dibentuk dalam perkhidmatan awam hebat, tetapi masih terdapat lagi penjawat awam yang tidak mampu mematuhinya. Sebab itulah, berlakunya banyak kerja-kerja yang patut  disiapkan dalam masa dua minit tetapi berjam-jam masa yang diambil. Contohnya:-

1.    Pematuhan Kad Perakam Waktu.

Masih ramai lagi penjawat awam yang datang lewat ke pejabat. Contohnya waktu anjal yang dipilih oleh mereka WP 3 sepatutnya datang sebelum jam 8.30 tetapi kehadiran mereka melepasi jam 8.30 pagi. Kenapa dan mengapa? Tentulah jawapannya mereka tidak mampu atau tidak mempunyai kemahiran pengurusan kendiri. Kegagalan mereka menggunakan kemahiran tersebut menyebabkan mereka tidak mempunyai disiplin yang tinggi. Cuba fikirkan,, bagaimanakah dari sudut hukum gaji yang dibayar kepadanya? Sepatutnya sebagai penjawat awam kita hendaklah mempertontonkan imej yang baik kepada rakyat. Ingatlah wahai penjawat awam, rakyatlah majikan kita sebenar. Tak guna dibanggakan dengan slogan “ rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

2.    Pematuhan kepada sistem pengurusan dan pentadbiran pejabat serta arahan-arahan/pekeliling pentadbiran dan kewangan.

Kemahiran kendiri yang dimiliki oleh seseorang penjawat awam dapat membantu seseorang membina kejujuran yang tinggi. Sekiranya kita melihat dan menganalisa laporan audit kita akan temui banyak perlanggaran dan kelemahan yang ditemui oleh para audit. Apakah mereka tidak didedahkan peraturan-peraturan tersebut sebelum ini… Penjawat awam sebenarnya memang arif dengan pekeliling dan peraturan-peraturan samaada terbitan lama atau terbitan baru.Tetapi, mereka ambil mudah pada peraturan tersebut. Sebab itulah, setiapkali pemeriksaan audit akan ditemui banyak kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Kenapa dan mengapa, sudah pastilah jawapannya mereka tidak mempunyai kemahiran pengurusan kendiri. Mereka gagal untuk mengurus diri mereka dalam mematuhi peraturan tersebut. Ini adalah kerana mereka lebih gemar mencari jalan singkat, mudah tetapi tidak mematuhi peraturan-peraturan perkhidmatan awam.

3.    Keadilan

Apabila surat tunjuk sebab di tujukan kepada mereka, hasil analisa laporan yang melibatkan mereka dan menjelaskan tentang kecuaian mereka, maka dimarahi pula mereka kepada ketua jabatan mereka. Sedangkan Ketua Jabatan tersebut melaksanakan tugas sebenar mereka sebagai penyelia. Pandai pulak mereka tuntut keadilan. Adilkah perbuatan mereka itu kepada ketua jabatan mereka, adilkah perbuatan mereka itu kepada pelanggan, sedangkan hak pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.
Justeru itu, semua penjawat awam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk mencari ilmu pengurusan kendiri. Belajarlah dengan guru atau pelajarilah melalui pengalaman. Sebagai pendokong transformasi, ayuhlah berubah kearah yang lebih terbaik… Dalam modul transformasi telah nyata dan jelas akan kehendaknya. Yang penting sebagai penjawat awam patuhilah dan ikutlah segala strategi dan perancangan. Janganlah jadikan satu dasar atau polisi itu berubah bersama beralihnya pemimpin……
SEKADAR RENUNGAN DAN MOTIVASI UNTUK MENJADI PENJAWAT AWAM YANG TERBAIK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan