KLIK DI SINI PERCUMA!

Jumaat, 11 Februari 2011

Kisah Mat rempit di Terengganu - sekadar renungan untuk remaja.

Disini ada satu cerita, yang boleh kita kongsikan bersama. Pada Jumaat 11.2.2011 saya keluar makan petang bersama ahli keluarga saya.... Tiba-tiba kami ternampak sekumpulan remaja sedang berkumpul. Kami ingatkan ada kemalangan, rupa-rupanya mereka bersiap-sedia untuk merempit motosikal. Apa yang menghairankan saya disini.... terdapat ramai juga penonton-penontonnya....

Sebelum ini kita selalu berkempen hindari rempit, hindari jenayah jalanan dan sebagainya. Tetapi, apa yang berlaku... yang menonton lebih ramai daripada perempit..... macammana nak hapuskan budaya merempit. Cuba kita fikirkan ?

Tuan/puan , setuju tak dengan pandangan saya... remaja merempit kerana ada penontonnya.. perempit akan berbangga dengan kejayaannya menghiburkan para penontonnya. Betul tak?

Jadi janganlah salahkan pihak penguasa (Polis)  tak melaksanakan tugasnya, kerana anda para-para penonton yang merupakan peminat rempit harus salahkan diri sendiri kerana anda menjadi peminat setia pada perempit-perempit.

Yang hairannya, Orang Terengganu ning, berbangga dengan budayanya yang lemah-lembut dan sopan-santun tapi, sekarang ning, belia remaja Terengganu hari ni dah kurang dah menghayati budaya sopan-santun dan lemah lembut ning. Saya hairan, bukan sahaja remaja lelaki yang perempuan pun rela digelarkan dirinya minah rempit.....

Nampaknya Kerajaan Terengganu kena buat sesuatu:-

Cari Jawapan Untuk Kenapa ?

Pertama :- kita mencari kenapa remaja suka merempit dijalanraya sehingga mereka sanggup mengganggu pengguna jalanraya yang lain.

Jawapannya :- Sudah pasti, sebagaimana huraian cerita saya diatas tadi, mereka merempit kerana ada PENONTON.

Cari  pulak jawapan untuk soalan Mengapa:-

Kedua :- Mengapa mereka merempit di Jalanraya.

Jawapannya :- Kerana tidak disediakan gelanggang untuk mereka bagi setiap DUN dan Parlimen, sebagaimana disediakan gelanggang FUTSAL di setiap DUN dan Parlimen.

Cari Pula Jawapan untuk soalan Bagaimana:-

Ketiga :- Bagaimana nak mengatasi belia remaja ini merempit dijalan raya

Jawapannya :- Sediakanlah gelanggang untuk mereka disetiap dun atau parlimen. Sebab mereka tak mampu nak cari penaja untuk menaja mereka di LITAR Sepang.

Cari lagi jawapan untuk persoalan berikutnya :- Untuk Siapa

Keempat :- Untuk siapa gelanggang lumba motosikal disediakan

Jawapannya :- Untuk mereka yang berminat lumba haram dan penonton-penonton setia mereka.


Apa pandangan tuan-puan, sila beri komen sekalian.

Rabu, 9 Februari 2011

Sekumit isu bagi renungan anak-anak remajaku…..

Sekumit isu bagi renungan anak-anak remajaku…..
Menyambung lagi bicara kita untuk renungan para remaja ku….

Remajaku……… Renung-renungkanlah
Sewaktu kita, dalam kandungan ibu kita…. Pernahkah kita renungkan tentang keperitan, kepahitan yang ditanggung oleh ibu kita…. Sewaktu mengandungkan kita…..

Pernahkah difikirkan sewaktu kita dilahirkan pernah kita cuba rasai kesakitannya….tahukah nyawa ibu pada ketika itu umpama telur dihujung tanduk….

Bila kita dilahirkan…. Kita dibesarkan, diberi susu, makan dan wang untuk perbelanjaan persekolahan kita…..

Tetapi…. Alangkah malangnya hati ibu, apabila anaknya melukai hatinya.. tidakkah difikirkan tentang kerisauan ibu sepanjang hari memikirkan keadaan masa depan anaknya….

Ada anak remaja sanggup……… sanggup…….
Mengabaikan ibu-bapanya, sanggup mendurhakai ibu-bapanya, malah ada yang sanggup membunuh ibunya… bukan sahaja sanggup  membunuh secara fizikal ibunya… malahan membunuh cita-cita ibunya untuk melihat anaknya menjadi seorang insan yang Berjaya didunia dan diakhirat.

Fikir-fikirkanlah aduhai anak-anak remajaku tentang ajaran agama kita…..
Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan, begitu besar sekali pengorbanannya.  Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak mereka.

Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada Ibu-Bapa  selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu-bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar walau hanya menyebut ungkapan “uuh”…. Atau “ aah…” dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu-bapa mereka.

Aduhai…. Remajaku sekalian… zahirkanlah perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih saying kepada mereka bukan sekadar  memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada ibu-bapa kita…..

Renung-renungkanlah……… dan fikir-fikirkanlah……

Sekadar renungan untuk remaja - perbincangan berasaskan pemerhatian.

Salam renungan untuk remaja.....

Hari ini pelbagai bicara tentang remaja. Diluar sana pelbagai persepsi dilontarkan kepada remaja. Ada tentang kebaikan remaja dan keburukan yang dilakukan oleh remaja. Persoalan ini adakah perbincangan atau bicara tersebut telah diketemui jawapannya? ataupun adakah ianya sekadar omong-omong kosong sahaja yang tiada jalan penyelesaiannya.

Hari ini ramai juga ibubapa yang bangga dengan kejayaan anak-anak mereka dalam peperiksaan. 5A dalam UPSR, 8A1 dalam SPM dan sebagainya.. Itulah antara kehebatan remaja kita hari ini. Ianya perlu dibanggakan.

Tetapi ada juga remaja kita yang kecundang dalam peperiksaan, rebah dalam meniti arus kehidupan dengan melakukan pelbagai kesalahan yang melibatkan runtuhnya moral, akhlak dan maruah keluarga. Kenapa dan mengapa terjadi sebegini? pernahkah kita disini mencari jawapan untuk kenapa remaja terlibat dengan masalah sosial, terlibat dengan zina, rempit dan sebagainya. Adakah kita telah mencari jawapan mengapa remaja melakukan perkara sedemikian? sudahkan kita mencari jawapan Bagaimana terjadi sedemikian? dan pernahkah kita mencari Bagaimana cara untuk mengatasinya..

Ruangan ini, menjemput para pembaca blog ini untuk membincangkan perkara ini. Lontarkanlah idea anda agar penulisan ini dapat dimanafaatkan..... Jadikanlah ruangan renungan ini untuk mencari satu penyelesaian permasalahan remaja....