KLIK DI SINI PERCUMA!

Jumaat, 25 Mac 2011

Sekadar renungan

Tabiat majoriti para penjawat awam……..
Penulisan ini adalah sekadar renungan untuk dan memotivasikan diri serta berusaha untuk membuat perubahan. Tulisan ini tidak ada kaitan dengan mana-mana individu tetapi ianya ditulis berdasarkan pemerhatian.

Tabiat penjawat awam hari ini, perlu dibuat perubahan dengan serta-merta  ialah “bercakap tak serupa bikin”. Contohnya mulut mengatakan banyak kerja dipejabat tetapi hakikatnya kosong. Kalau benar banyak kerja dipejabat kenapa pada waktu pejabat sentiasa berada diluar pejabat. Kalau banyak kerja dipejabat kenapa urusan kerja hakiki banyak terbengkalai, lewat mengambil tindakan dan tahu nak membuat keputusan. Cukupkah hanya sekadar berkata saya sibuk, saya banyak kerja. Mana dalil dan hujahnya, kenapa tidak dibuktikan dengan statistik.

Oleh itu, adalah lebih baik semua ketua jabatan adalah dicadangkan membuat scanning, samaada menggunakan methodology analisis SWOT atau pun kaedah-kaedah lain yang boleh membenarkan dan mengiyakan staff mereka benar-benar sibuk. Barulah Ketua masing-masing boleh menegur staff mereka dengan menggunakan bukti yang mencukupi.

Pada pandangan anda, kita telah melangkahi dan menghampiri wawasan 2020 sejauhmanakah perubahan dalam perkhidmatan awam. Tercapaikah sekira tabita seperti diatas tidak dibuang.

Mulut bicara sibuk, banyak kerja dipejabat, tetapi lesap. Kerja banyak tertunggak lalu dikatakan tak sempat. Kerja pejabat banyak, tetapi urusan peribadi diutamakan dan sebagainya.

KELEBIHAN YANG ADA PADA MANUSIA DIBANDINGKAN DENGAN BINATANG………..

KELEBIHAN YANG ADA PADA MANUSIA DIBANDINGKAN DENGAN BINATANG………..

Satu Renungan……
Lembu, burung, kambing dan lain-lain binantang. Otaknya berada dikepala. Malahan manusia juga otaknya berada dikepala. Tetapi satu persoalan, kenapa binatang-binatang ataupun haiwan-haiwan tersebut apabila mereka mahu makan kepalanya kebawah sehingga lebih rendah dari tubuhnya, lebih rendah dari punggongnya. Berlainan pula dengan manusia, otaknya sama berada dikepala tetapi sewaktu makan kepala dan otaknya tetap berada diatas dan lebih tinggi dari punggongnya. Apakah pengajaran yang kita dapat ambil dari perbincangan diatas:-
1.     Sebagai bukti atau dalil yang menunjukkan bahawa Allah Taala memuliakan manusia ini, sehingga manusia inilah yang mentadbir dunia ini. Kekuatan otak manusia boleh mentadbir dunia, manakala binatang-binatang pula otaknya ada tetapi tidak berakal tidak boleh berfikir untuk mentadbir urusan diri dan dunia.
2.     Huraian diatas juga dapat menjelaskan kepada kita otak manusia ini perlu digunakan semaksimum yang mungkin untuk urusan kerja harian mereka dan urusan kebajikan orang lain.
3.     Menjelaskan kepada manusia bahawa tanggungjawab mereka adalah besar. Otak yang diberikan oleh Allah Taala itu perlulah digunakan untuk memikirkan kesemua penghuni dunia mereka selesa, sekiranya manusia itu tidak mampu berfikir sedemikian rupa, bermakna golongan manusia tersebut seolah-olah seperti binatang-binatang yang ada otak tapi tidak mampu berfikir. Apabila kita lihat kejadian binatang pula, kehidupannya tak lari dari keperluan sendiri iaitu makan,minum, berak dan kencing sahaja yang mereka tahu. Jadi manusia yang malas berfikir dan menggunakan otak mereka samalah seperti kehidupan binatang.

Pengajaran daripada kupasan diatas:-
1.     Untuk membezakan diri kita dengan binantang hendaklah kita menggunakan otak kita semaksimum yang mungkin.
2.     Otak dan akal hendaklah dijaga sebaik-baik yang mungkin. Berfikirlah secara positif dan bertindaklah untuk pembangunan diri,orang lain dan kepentingan sejagat.
3.     Untuk mengasah otak agar lebih berakal manusia hendaklah sentiasa berusaha mencari ilmu dan rajin-rajin belajar menuntut ilmu samada ilmu dunaiawi dan ilmu ukhawi.
4.     Sewaktu melaksakan kerja-kerja ataupun aktiviti-aktiviti dalam kehidupan hendaklah menggunakan akal. Kalau boleh menyelesaikan sendiri selesailah sendiri, janganlah mencari helah atau buat-buat tidak tahu dalam membuat keputusan.
5.     Setiap keputusan hendaklah menggunakan Akal.

Bagaimana pula manusia yang takmahu guna otak dan akal mereka.
Mereka boleh diletakkan samalah tarafnya dengan binatang. Lebih baik mereka letakkan otak mereka dalam perut yang mengandungi najis yang menjijikan dan meletakkan tahi mereka diatas kepala mereka……

SEKADAR RENUNGAN UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA…. SILA BAHASKAN SEKIRANYA TIDAK BERSETUJU DENGAN IDEA INI……

Transformasi minda - memeta wawasan, sejauhmanakah keberkesanannya?

Bukan kritikan, sekadar renungan dan perbincangan.

Slogan diatas memang bagus, jauh wawasan dan sedap bunyi, tetapi sejauhmanakah penghayatannya oleh masyarakat kita hari ini, tidak kiralah mereka penjawat awam, petani, nelayan, ahli politik, usahawan dan lain-lain lagi. Banyak slogan yang indah-indah  yang di persembahkan oleh pemimpin-pemimpin, pembuat dasar dalam perkhidmatan awam dan sebagainya hanyalah tinggal kenangan sahaja contohnya Islam Hadhari dan sebagainya. Ianya terkubur bersama pemimpin yang pergi, persoalannya dimanakah kesudahannya, adakah rakyat berubah secara total dalam kehidupan dan dirinya.

Contohnya.....

Penjawat Awam, Malaysia hari ini telah menemui pelbagai budaya yang diperkenalkan, antaranya:-

1.   Budaya Kerja Cemerlang - persoalannya sejauhmanakah cemerlangnya budaya kerja penjawat awam pada ketika itu sekitara 1991. Adakah Integriti dikalangan penjawat awam semakin meningkat. Adakah penjawat awam pada ketika itu, tepat pada waktu kerjanya, kurangkan tindakan tatatertib. Penajwat awam Malaysia sememangnya terlalu tinggi, tetapi sejauhmanakah kualiti penjawat awam sehingga hari ini. Saya tidak menyentuh soal dasar dan pekeliling disini, ini adalah kerana dasar-dasar dan pekeliling-pekeliling yang dibuat oleh pembuat dasar sememangnya berkualiti. Tetapi apakah penjawat awam sehingga  hari ini berkualiti? itu satu persoalan yang perlu difikirkan dan huraikanlah jawapannya. Analisalah dan kajilah untuk kematangan penjawat awam.

2.   Bertukar sahaja tampuk pemerintahan negara, penjawat awam diperkenalkan pula dengan konsep Islam Hadhari, dimana pengisian untuk penjawat awam ialah Budaya Kerja Kelas Pertama, tercapaikan 7 ciri budaya kerja kelas pertama itu dalam diri penjawat awam.

3.  Kini penjawat awam pula didedahkan dengan model tranformasi perkhidmatan awam seiring dan sejalan dengan slogan 1 Malaysia, Pencapaian Diutamakan Rakyat Didahulukan.... Dalam model transformasi perkhidmatan awam, ada menjelaskan prinsip ILMU dan Ketamaddun. Persoalannya Berilmukah penjawat awam hari ini terutama kumpulan perkeranian yang menjejaki dunia penjawat awam dengan SPM sahaja atau melalui sistem KUP dari jawatan rendah ke gred tinggi sedikit dari sedia ada, Orang yang berilmukah diangkat untuk mendokong perkhidmatan awam dengan sekadar SPM, sedangkan diluar sana beribu-ribu graduan yang dilahirkan menjadi penganggur kerana dasar perkhidmatan awam masih tak berubah. Kenapakah dengan perubahan yang ada sekarang tidak dijadikan satu sandaran dalam menentukan kelayakan untuk menjawat jawatan awam...

katakan :-

1. Jawatan Pembantu Tadbir - dimulakan dengan DIPLOMA
2. Jawatan Penolong Pegawai - dimulakan dengan Ijazah Sarjana Muda
3. Jawatan Pengurusan dan Profesional - Master dan PHD

Bukankah itu akan menaikkan pandangan masyarakat pada penjawat awam, Cara bekerja pun berubah. Apa yang sedih nak balas surat pun tak tahu sebagai kerani... dan masih memerlukan bantuan dari ketua untuk membuat draf. Di Amerika Syarikat.... Tukang Sapu Majlis Daerah ada Degree, Pegajar Tadika ada Master, tapi kat Malaysia Pengajar Tadika seperti Kemas, Permata ada SPM sudah memadai. Apakah itu yang dikatakan sebagai berkualiti....Ataupun sebagai lambakan semata-mata. Ramai pada Jumlahnya tetapi sedikit sahaja pada kualitinya.

Mampukah slogan tersebut dapat mengubah secara total keseluruhan pemikiran masyarakat. Apakah pendedahan yang diberikan setakat ini dirancang, untuk memberi kefahaman kepada rakyat secara keseluruhannya.

Isnin, 21 Mac 2011

Budaya Fitnah Dikalangan Masyarakat Melayu....

Salam,

Masyarakat melayu kita hari ini telah mula hilang budaya kesopanannya. Budaya mengampu, mengumpat, memfitnah dan lain-lain budaya buruk lagi telah hilang dari kelompok kemelayuan kita sekarang. Ekoran dari isu YB. Anwar Ibrahim perihal video lucahnya, perihal kes liwatnya  dan lain-lain lagi telah membuktikan kepada kita kemanakah perginya budaya keperihatinan dan keperibadian unggul kemelayuan kita. Kenapa cerita ini terus disebarkan tanpa siasatan. Dan kenapa pula setiap kali berlakunya pilihanraya akan ditimbulkan kepelbagaian fitnah kepada parti pembangkang. Bagi Orang yang berfikiran waras saya pasti dan saya yakin ini adalah merupakan satu strategi politik untuk memenangi satu pilihanraya. Tapi persoalannya kenapa pula menggunakan strategi yang tidak bagus untuk menjatuhkan motivasi dan keperibadian orang lain. Islam mengajar kita supaya menjaga maruah diri kita, diri ahli keluarga kita, diri masyarakat dan negara kita.....

Sekiranya anda menjadi pembaca kepada blog ini, cuba anda berfikir secara analitikal. Budaya fitnah dikalangan masyarakat melayu kita telah lama berputik di dalam masyarakat kita.... lihat.... Hang Tuah diperintahkan bunuh oleh Sultan Melaka  ..... kerana fitnah yang dilontar... Ianya berpunca dari sebab pangkat dan kuasa, begitu juga dengan kes fitnah Mahsuri yang cantik jelita dan alim.... juga difitnah kerana cemburu...... dan hari ini bayangkan pula kes Fitnah Anwar Ibrahim...... kerana apa kerana pilihanraya. Jadi kesemuanya itu satu taktik dan teknik untuk menjatuhkan orang lain dengan menabur fitnah.

Begitu juga dalam sesebuah organisasi, apabila berlakunya rasa tidak puas hati maka akan timbullah fitnah-fitnah dan cakap-cakap belakang yang akhirnya menimbulkan konflik dalam pengurusan organisasi.

Motivasi..... disini kajilah dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.

Ahad, 20 Mac 2011

Isu tudung - renungan dan motivasi untuk insan yang bergelar perempuan...

Surah Al-Nur (juzuk 18) ayat 31, Firman Allah yang bermaksud....

" Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya ( wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan islam atau hamba-hamba mereka yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang 'aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan  kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, agar kamu berjaya."

-   Firman Allah Taala telah jelas kepada semua orang tentang wajib bertudung bagi muslimat-muslimat. Perintah tersebut  ditujukan kepada semua muslimat, tidak ada yang berkecuali, tidak kiralah apakah pangkatnya, samaada dia adalah seorang penoreh getah, petani, nelayan ataupun samaada dia Isteri kepada Yang Berhormat atau dia sendiri sebagai seorang yang berhormat, sama ianya isteri menteri ke, atau  dia sendiri sebagai menteri, atau ianya adalah Isteri kepada Perdana Menteri, arahan untuk menutup aurat terutamanya dalam soal bertudung adalah satu kewajipan tak ada yang terkecuali.

- Malangnya apabila kita melihat dikalangan wanita muslimat kita hari ini, tidak kira ianya isteri orang, janda, anak dara dan sebagainya, persoalan menutup aurat ini tidak diambil berat. Lihatlah remaja-remaja perempuan kita hari ini, sanggup mereka mendedahkan aurat mereka. Tak hairanlah kenapa isu rogol berleluasa hari ini. Kenapa terjadi sedemikian, kerana mereka sendirilah yang membuka peluang untuk mendorong lelaki-lelaki menjadi ganas, dan mangsanya ada wanita itu sendiri.

-   Apa yang menjadi masalahnya, mereka terlalu ghairah untuk mencontohi pemimpin-pemimpin perempuan mereka yang sentiasa mendedahkan aurat mereka, mereka jadikan artis sebagai role model mereka. Dedah sana dan sini.... Kenapakah kehidupan menjadi terlalu jauh.. dari sistem kehidupan Islam, Kenapakah terikut-ikut dengan role model yang menjahanamkan diri sendiri. Kenapakah wanita-wanita hari ini tidak begitu ghairah untuk mencontohi role model seperti Syaidina Aisyah, Syaidina Khatijah, Syaidina Fatimah dan lain-lain tokoh-tokoh muslimat yang berperibadi unggul.


Renung-renungkanlah.... jadikan ianya sebagai satu motivasi...